Tuesday, August 7, 2012

Sejarah Perakaunan

· Permulaan menyimpan rekod
- Rekod perakaunan yang paling awal adalah di Babylonia pada tahun
3500 SM.
-2300 M dibuat atas kepingan tanah liat
-400 SM. Rekod dibuat atas papyrus, iaitu kertas dan calamus(pen).
-Sistem kewangan telah digunakan dan urusniaga direkod dengan
menggunakan nilai wang pada abad ke 5 dan ke 6 SM.
-Abab ke 7 dan ke 11 sistem angka telah digunakan oleh orang India.
· Permulaan catatan bergu
-Bermula di Itali selaras dengan perkembangan perdagangan yang
pesat di Bandar Itali pada tahun 1200-1500 M. Dikenali sebagai
Kaedah Venice
-Luca pacioli seorang rahib francisca berbangsa Itali merupakan bapa
perakaunan.Beliau telah menerbitkan buku matematik yang
menerangkan tentang kepentingan peraturan simpan kira yang
digunapakai sehingga hari ini.
· Perkembangan sistem Perakaunan
-Revolusi perindustrian di England, pada pertengahan abad ke 18 telah
memperkembangkan perdagangan dan perakaunan. Penyediaaan akaun
lejar dan penyediaan penyata kewangan dibincangkan dan
diperkenalkan.
-Pada abad ke 19, syarikat yang besar bermodal besar ditubuhkan.
Kerajaan telah menggubal perundangan untuk melindunggi semua
syarikat yang terlibat.
-Syarikat diwajibkan menyediakan laporan perakaunan dalam bentuk
penyata kewangan tahunan berdasarkan piawaian perakauanan minimum
-Sejak tahun 1900, bidang perakaunan telah mencapai taraf
professional. Beberapa badan perakaunan professioanal ditubuhkan
untuk:
i) menentukan taraf minimum untuk kelayakan professional
ii) membentuk kod etika akauntan
iii) memastikan kod ini dipatuhi.
-Jawatankuasa Panduan Piawaian Perakaunan( Acounting Standard
Steering Committee) ditubuhkan pada tahun 1969 menerbitka penyata
Amalan Perakaunan Piawaian( Standard of Statement Accounting
Practice –SSAP)
-Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (
International Accounting Standard Committee atau IASC
menerbitkan Piawaiana Perakaunan Antarabangsa ( International
Accounting Standards) untuk membentuk dan menggalakan penggunaan
piawaian perakaunan asas dalam penyediaan akaun dan penyata
kewangan.
-Persatuan profesion perakauanan Malaysia telah menubuhkan Malaysia
Institute of Accountants (MIA) untuk mengawal profesion perakaunan
dan mengadakan peperiksaan untuk menentukan taraf profesion itu.
- Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional
Sistem kewangan yang berasaskan syariah islam telah berkembang
dengan pesat dan menjadi sebahagian daripada system kewangan
antarabangsa. Tetapi system kewangan islam masih bergantung kepada
sistem perakaunan konvensional. Sumber parakaunan islam
berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah .Semua aktiviti perakaunan
adalah mengikut amalan aktiviti yang dibenarkan dalam islam dan
mengikut syarak.Larangan amalan ria adalah salah satu contoh sistem
perakaunan islam.
- Konsep Pendedahan Vs Konsep Penemuan
- Falsafah pelaporan kos Sejarah dan nilai Saksama
- Proses Perakaunan (Manual dan Berkomputer)
· Perakaunan sebagai Profesion:
- Maksud professional
Merujuk kepada sesuatu pekerjaan ikhtisas ataupun profession
yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran yang kuat
dan betul betul terlatih di dalam sesuatu bidang yang diceburi atau
yang dipelajari dan dipraktiknya.
- Akauntan sebagai pemimpin
Akauntan adalah seseorang yang mengkhusus dalam bidang
perakaunan . Tugas seorang akauntan sekarang merangkumi sebagai
penasihat kepada sesuatu perniagaan.Akauntan juga mesti seorang
yang tahu membuat keputusan dengan memikirkan kesan setiap
keputusan yang dibuat bukan hanya untuk kepentingan individu atau
syarikat tetapi juga kesan kepada persekitaran dan masyarakat
setempat. Perlu bertindak sebagai seorang pemimpin yang
berakauntabiliti kepada pihak dalaman perniagaan dan pihak awam.
Oleh itu seorang akauntan perlu mempunyai ciri ciri sebagai seorang
pemimpin seperti akauntabiliti,jujur, amanah, komited dan
berintegriti.
- Keperluan Kod etika Profession Perakaunan.
Seorang akauntan haruslah mematuhi beberapa kod etika yang
berkaitan dengan professionnya ketika menjalankan tugasnya. Etika
yang dipatuhi adalah berdasarkan kod etika untuk Akauntan
Professional ( Code of ethics of professional Accaontants) yang
dikeluarkan oleh International Federation of Accountants ( IFAC).
Etika adalah mengenai prinsip nilai dan kepercayaan yang memberi
kesan pada pengaruh , pertimbangan dan tingkahlaku.

No comments:

Post a Comment