APA ITU AKAUNTANSI
Akauntansi atau Perakaunan merupakan satu seni merekod, mengkelas, meringkas secara signifikan, urusniaga dan peristiwa dalam bentuk wang dan mentafsirkan segala keputusan darinya.
Asal perkataan perakaunan ialah 'akaun' yang bermaksud usaha memberikan penjelasan (justifikasi) mengenai sesuatu oleh satu pihak kepada pihak yang lain. Sebagai contoh sesebuah syarikat dikatakan mengakaunkan modalnya bermaksud ia memberikan penjelasan tentang bagaimana pihak pengurusan menggunakan modal yang telah diserahkan oleh pemegangag ekuiti.
Proses mengakaunkan sentiasa melibatkan dua pihak. Contohnya modal, satu pihak akan memberikan sumber (pelabur) pada satu tarikh (awal kala perakaunan) dan satu pihak yang kedua ialah pihak yang menerima sumber (pengurusan). Pada akhir tempoh, pihak penerima sumber perlu memberikan penjelasan bagaimana sumber tersebut digunakan dan apakah natijah dari penggunaan tersebut.
Penyerahan sumber oleh A Pemberian penjelasan oleh B
Penggunaan sumber oleh B
pada titik x -------------------------------------------------------- titik y
Penerimaan sumber oleh B Penerimaan penjelasan oleh A
No comments:
Post a Comment