Tuesday, August 7, 2012

Konsep dan Prinsip Perakaunan yang asas.

i) Usaha Berterusan
Perniagaan mempunyai hayat yang berterusan dan akan terus
beroperasi untuk satu masa yang berlanjutan.
ii) Pemadanan( Asas perakaunan akruan)
Jumlah hasil bagi tempoh itu mesti dipadankan dengan jumlah
perbelanjaan dalam tempoh yang sama untuk menentukan untung
bersih bagi sesuatu tempoh perakaunan.
iii) Ketekalan
Kepentingan mengamalkan kaedah merekodkan butiran dalam
akaun akaun secara konsisten atau tetap bagi setiap tempoh
perakaunan. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan atau
pemesongan dalam laporan laporan kewangan.
iv) Materialiti
Perbelanjaan perniagaan yang bukan satu butiran kebendaan
akan dicatatkan sebagai belanja dalam tempoh perakaunan ia
dibeli walaupun boleh digunakan untuk jangkamasa yang lebih
daripada satu tempoh perakaunan. Contoh: Calculator( boleh
digunakan beberapa tahun)
v) Entiti berasingan
Entiti perniagaan wujud sebagai satu entiti atau unit yang
berasingan daripada pemiliknya. Rekod perakaunan hanaya hanya
merekod urusan perniagaan pemilik dan bukan urusan peribadi
pemilik.
vi) Wang sebagai ukuran
Rekod perakaunan hanya melibatkan urusniaga yang dapat
dinilaikan dalam bentuk wang (RM-malaysia)
vii) Tempoh Perakaunan
Jangkamasa perakaunan atau jangkamasa perniagaan yang telah
ditetapkan oleh syarikat supaya dapat mengetahui hasil aytau
keuntungan syarikat pada satu satu masa.
viii) Kos Sejarah
Urusniaga direkodkan mengikut nilai yang sebenar iaitu pada kos
belian pada tarikh belian dilakukan.
ix) Catatan Bergu
Setiap urusniaga direkodkan mestilah dalam dua akaun yang
berbeza dengan jumlah atau amaun yang sama, satu disebelah
debit dan satu lagi disebelah kredit.
x) Pelaporan berasaskan nilai saksama
Mengikut konvensyen ini, aset dilaporkan dalam kunci kira-kira
pada kos sejarah (kos asal) atau pada nilai yang berasaskan kos
sejarah. Nilai pasaran semasa aset diabaikan untuk tujuan
pelaporan luar. Walaupun penggunaan kos sejarah akan
meningkatkan lagi objektiviti penyata kewangan (dan seterusnya
kebolehpercayaan/reliabiliti) tetapi ia mungkin dianggap kurang
relevan bagi kebanyakan pengguna yang lebih inginkan nilai
semasa. Perkembangan semasa pelaporan perakaunan
memerlukan pelaporan yang berasaskan nilai saksama (fair value
reporting). Dalam keadaan ini, kemungkinan nilai yang diterima
pakai bukan berdasarkan kos sejarah. FRS 101 yang
menggantikan MASB 1 memuatkan peraturan berkaitan falsafah
pelaporan yang menitikberatkan kerelevanan maklumat kepada
pengguna.
xi) Konservatisme
Hasil & Untung perniagaan direkodkan jika ia benar-bnar
berlaku, jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira
tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.
2. Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata
Contoh: Perniagaan Ali telah berkontrak dengan syarikat dari
Korea. Hasil daripada kontrak ini perniagaannya dijangka akan
memperolehi keuntungan RM 3 juta. Pengarah syarikat
mengarahkan akauntannya melaporkan keuntungan tersebut
dalam penyata kewangan tempoh berkenaan. Wajarkah akauntan
melaporkan keuntungan tersebut?
Penyelesaian: Akauntan tidak boleh melaporkan keuntungan
tersebut kerana ianya belum berlaku dan hanya satu jangkaan.
Tindakan ini menyalahi konsep konservatisma di mana
keuntungan tidak boleh dilaporkan selagi tidak berlaku

No comments:

Post a Comment